Selepas makan tengahari biasanya kita akan mengantuk. Mengapa ini terjadi? Mungkin kerana nasi yang kita ambil terlalu banyak, atau mengambil buah selepas makan nasi. Yeke? Bukankah makan buah itu menyihatkan dan dianjurkan?
Dalam jamuan keramaian, kebiasaannya buah akan disusun di meja terakhir sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan anjuran Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan makanan asasi..
Selama ini, paradagma memakan buah selepas makan menjadi budaya yang tidak ditinggalkan dalam kalangan masyarakat walaupun hakikatnya pemakanan sebigini adalah tidak baik untuk kesihatan. Orang menganggap makan buah selepas makan adalah yang terbaik kerana buah adalah pencuci mulut yang semulajadi berkhasiat dan hakikatnya makan buah selepas makan membuatkan kita menjadi mual dan senak kerana perut kita mula dipenuhi dengan udara.
Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.
Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.
Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.
Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.
Gaya pemakanan inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Tidak hairanlah, selama hidupnya Rasullullah S.A.W tidak pernah sakit, kerana menjalankan gaya pemakanan yang sihat, salah satunya ialah makan buah sebelum makan makanan asasi. Wallahua’lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan